Siapa Saya?

Assalamualaikum dan hai,

Selamat datang ke putrizulaikha.com 🙂

If you have been reading one (or hopefully, more than one) of my articles, you will already know that I am a mother of 3, a wife, dan merupakan seorang Pengedar Shaklee Ara Damansara yang aktif.

Kehidupan saya sehari-hari mungkin sama saja dengan kebanyakan kita.

Saya perlu uruskan anak2 setiap pagi untuk dihantar ke sekolah / taska / pusat asuhan,

kemudian saya akan rush ke office

Sebaik sahaja tamat kerja, saya akan pulang, cepat2 memasak makan malam, dan ambil anak2 dari taska.

Malam pula, akan diisi dengan bermain dengan anak-anak (kalau larat), mengemas rumah, lipat baju, dan sebagainya lah.

Tipikal kan?

Pengedar Shaklee Ara Damansara

Tapi sejak 4 tahun yang lalu, kehidupan saya agak berubah dengan rutin berbisnes.

Ya, saya merupakan Pengedar Shaklee Ara Damansara yang sedang membina legasi bisnes untuk diwariskan.

Macam mana saya mula?

Pada awalnya, saya bukan nak bisnes sangat pun.

In fact, tak terfikir pun nak jual apa2. Background saya bukan orang bisnes. Saya cuma lepasan jurutera.

Tapi sebaik saja saya mula bekerja, saya mula experience satu keletihan yang amat sangat sebab saya perlu memandu ulang alik dari KL ke Shah Alam waktu tu. Sampai kan pernah satu hari, saya hampir kemalangan sebab hampir tertidur waktu sedang driving.

Nauzubillah.

Tak boleh jadi ni, kan? Takkan nak mati katak hanya semata2 ngantuk nak drive ke ofis?

So saya pun decide untuk cuba supplemen. Habis satu Guardian dan Watson saya jejak untuk cari supplemen yang bagus. Semua multivit, vitamin B yang farmasi jual, semua saya beli dan makan.

Tapi, hampa.

Tak ada kesan pun. Supplemen2 ni memang menipu ke?Dah makan seminggu lebih, tak rasa apa perubahan pun?

Tapi bila saya mengadu pada suami, suami saya sarankan saya cuba buat research online – apa yang orang selalu makan. Brand apa yang bagus. Macam mana cara makan.

And bila saya search online, saya lihat ramai yang gunakan brand Shaklee.

Saya masih skeptikal, tapi suami saya cakap “why not give it a try? Belum cuba belum tahu..”

Jadi dalam skeptik2 saya tu, saya cuba juga lah…and?

It was one of the best decision I have made in my life – to try Shaklee supplements.

Kehidupan saya berubah 100%

Seawal guna 3 hari, saya dah perasan perubahan2 ni

  • Saya dah kurang mengantuk waktu drive pulang. Walaupun jem masih makin teruk, waktu kereta tak bergerak makin panjang, tapi saya tak de pulak tersengguk2 sangat.
  • Bila sampai rumah, selalunya saya akan dah lesu tersangat amat sebelum waktu Isyak pun. Tapi lepas makan supplemen Shaklee tu, pukul 10:00 malam pun masih tak melepek.

Subhanallah, saya sangat kagum, dan bersyukur.

Sungguh bersyukur sebab saya dok fikir “apa lah life aku ni, pergi kerja 8 jam dah flat…mana family time?”

Tapi alhamdulillah saya jumpa Shaklee.

Sejak dari tu, bermula dengan 3 produk basic (Vitalea, B Complex dan Vitamin C), hari ini saya adalah seorang pengamal tegar supplemen Shaklee yang bermacam-macam. Botol vitamin Shaklee dah berbotol2 ada di rumah saya, sebab saya yakin keberkesanannya.

Apa yang saya buat bila dah mula bisnes?

Macam yang saya ceritakan tadi – walaupun saya sekarang adalah seorang Pengedar Shaklee di Ara Damansara yang aktif, saya tak mula terus dengan berbisnes.

Tapi mula dengan jatuh cinta dengan produknya 🙂

Orang kata, bila dah suka, dah jatuh cinta, kita pun ada lah rasa nak suruh orang lain pun cuba sama kan?

Saya bermula bisnes suka-suka saja. Share tentang produk dengan ahli keluarga, mak ayah, kawan2 rapat.

Dan seperti yang dijangka, mereka pun dapat hasil yang memberangsangkan bila guna produk.

Jadi saya makin bersemangat untuk kembangkan jualan saya. Dan saya pilih untuk gunakan medium online untuk mencari prospek, memandangkan keadaan saya yang bekerja sepenuh masa.

Boleh tonton video pendek ni untuk lihat pendapat saya berkenaan keperluan bisnes online, walaupun kita sudah mempunyai kerjaya :

Hari ini, kumpulan bisnes saya ada di serata Malaysia.

Ada guru, profesional, jurutera, surirumah, student.

Semua bermula sebagai pengguna dan akhirnya berminat untuk berniaga.

Dan semestinya bila baru nak mula berniaga, ada banyak yang nak dipelajari. Saya faham – sebab tu saya ada sediakan kursus #15DaysBizTraining dan juga kelas bimbingan blog #ABir untuk bantu ahli baru yang berdaftar di bawah organisasi saya untuk kick-start bisnes online mereka dengan lebih mudah, dan cepat.

Jadi sekiranya anda berminat nak mencuba bisnes, saya amat alu-alukan. Boleh terus hubungi saya untuk daftar ahli dan mulakan latihan bisnes anda.

Tak minat berniaga?

Jangan risau. Anda juga boleh hubungi saya untuk dapatkan supplemen Shaklee anda. Saya sediakan khidmat konsultasi untuk cadangkan supplemen yang sesuai dengan masalah anda.

Pengedar Shaklee Ara Damansara

Sebagai Pengedar Shaklee Ara Damansara, saya sediakan khidmat COD di area berkaitan – Shah Alam, Subang, Ara Damansara

dan jangan bimbang. Khidmat pos serata Malaysia!

Jom jatuh cinta sepertimana saya jatuh cinta dulu2 😉

Oh, dan selamat membaca. Saya harap anda dapat manfaat dari tulisan2 saya di sini!

 

Pengedar Shaklee Ara Damansara

Salam perkenalan,

Putri