Youth Skincare Shaklee Produk Penjagaan Muka Terbaik Dan Berkesan

Sebaik saja dapat berita yang Shaklee akan lancarkan Youth Skincare Shaklee iaitu produk penjagaan muka terbaru pada Februari 2018 yang lepas, Put sangat teruja.

Sekarang pun sedang pakai Nutriwhite yang dicintai ramai orang tu, apa lagi nak cuba skincare baru yang katanya lebih advanced dan diuji selama 8 tahun sebelum boleh dipasarkan? Excited tau… hehe

Skincare Youth Shaklee

Apa beza Youth Skincare Shaklee dengan skincare yang lain?

Kebanyakan skincare lain, keberkesanannya diukur secara subjektif. Sama ada lepas guna rasa makin cun, makin cerah, makin halus kulit, dan sebagainya.

Tapi Youth ni keberkesananya dibuktikan melalui ujian klinikal melalui Skin Age Index. Skin Age Index ni dibangunkan oleh pakar kulit dunia untuk ukur tanda-tanda penuaan secara klinikal dan objektif, sudah tak main rasa-rasa lagi.

Dan index ni, sangat comprehensive. Contohnya salah satu yang diukur dalam index ni adalah kedutan pada muka atau pun wrinkles. Dan cara Skin Age Index ni ukur kedutan adalah dengan ukur berapa dalam kedutan tu dan juga berapa panjang… detail kan?

Tanda penuaan lain yang turut diukur oleh Skin Age Index ni termasuklah

  • saiz pori
  • tona kulit
  • tekstur kulit
  • kelembutan kulit
  • pigmentation / jeragat
  • seri kulit
  • kedutan / garis halus
  • kekenduran kulit

Dan hasilnya, 100% atau semua subjek yang menggunakan produk Youth ni mendapat kulit yang lebih muda, dan 2/3 berjaya menurunkan usia kulit sebanyak 10 tahun!

Sejak dilancarkan di Malaysia pula, testimoni pengguna

  • Untuk masalah jerawat di dahi, pipi, kepala dan hidung, kesan dilihat seawal 7 hari penggunaan
  • Untuk masalah jerawat remaja yang sering merah, penggunaan Youth menjadikan jerawat cepat kecut dan tidak lagi nampak “flare”
  • Untuk masalah kedutan di dahi dan muka, kedutan didapati berkurangan seawal 30 hari penggunaan
  • Untuk menghilangkan eyebag di bawah mata pula, Youth eye treatment mengandungi peptide blend yang memudarkan kesan hitam
  • Untuk masalah menghilangkan jeragat di muka pula, jeragat kelihatan pudar selepas 60 hari penggunaan.

Satu set skincare Youth Shaklee boleh digunakan selama hampir 4-5 bulan dan perubahan selepas menggunakan set Youth Shaklee skincare ini akan ketara seawal sebulan penggunaan.

Tiada Langsung Bahan Kimia Berbahaya / Mungkin Berbahaya Dalam Set Skincare Shaklee Youth ini

Youth Skincare Shaklee

Yang Put suka, adalah Youth skincare ni bebas 1500 bahan kimia berbahaya. Setakat SLS, paraben tu… confirm tak ada. Bahan macam ni boleh keringkan muka, buatkan breakout dan masuk dalam kapilari darah kita dan mengganggu hormon, dan sebagainya tau.

Jadi, bila tahu bebas 1500 bahan berbahaya, rasa selamat nak guna.

Youth Skincare Shaklee jugak tested for

  • non comedogenic – tak menyumbat pori muka
  • ofthalmologist-tested – diuji oleh pakar mata untuk tak memedihkan mata dan selamat untuk pemakaian kanta lekap
  • dermatologist-tested

Apa items yang Ada dalam Set Skincare Youth Shaklee ni?

Dalam Set Skincare Youth Shaklee ni ada 6 items. Jom kita tengok satu2:

1. Youth Luminous Gel Oil Cleanser

3 in 1 cleanser yang bertindak untuk membersihkan, polish dan menyediakan kulit.  Cleanser ni tak mempunyai sabun (so it does not dry up our skin) and pH seimbang. Dalam cleanser ni bukan saja membersihkan, tapi juga mengandungi gabungan vitamin dan polifenol dan alga yang akan skrub muka dengan lembut untuk buang kulit mati.

Review Put selepas guna Gel Oil Cleanser:

I love it! Yang paling ketara, tak ada perasaan muka tegang selepas guna sebab cleanser ni memang tak berbuih langsung. Muka rasa fresh je lepas basuh dan rupanya cleanser ni jugak boleh hilangkan light make-up.

Tapi kalau Put guna eyeliner yang water-resistant tu, memang kena wash dulu dengan make-up remover, dan baru cuci muka.

Ada pengalaman customer Put, dia beli cleanser je dulu tapi jerawat nampak makin kecut katanya. I think sebab dalam cleanser ni sendiri ada vitamin dan polifenol yang bantu repair kulit, bukan takat cuci2 je🙂 Jom tengok video-review Put tentang cleanser ni here 👇

2. Youth Perfecting Skin Toner

Mengandungi adunan vitamin yang penting, polifenol dan ekstrak botanikal yang dipatenkan untuk menanggalkan kuilt mati, melembapkan dan memberikan nutrisi kepada kulit kita. Bahan utama : Vital Repair, esktrak Muscadine Grape, ekstrak Alga Hijau

Review Put selepas guna Perfecting Skin Toner

Kebiasaanya Put paling malas guna toner sebab… macam takde guna je kan, hihi. Tapi toner ni Put paling rajin nak guna sebab bukan je dia bantu kecilkan pori kita, tapi bersihkan lagi kuilt kita sampai ke liang roma! Pernah sekali pakai toner, Put nampak macam kotor2 sikit di kapas tu lepas gosok muka walaupun muka dah cuci bersih. Pernah jugak blackhead pun tertanggal 😬 So.. recommended!

3. Youth Activating Serum

Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif berpaten untuk memperbaharui sel. Mengandungai campuran vitamin, polifenol dan Youth Comnplex yang akan merangsang penghasilan kolagen dengan sangat pantas dan memperbaharui sel, menjadikan kuilt dibaiki dan kelihatan muda remaja! Bahan utama : Youth Complex + Apple stem cell, Lotus Japonicus, Vitamin A berkapsul

Review Put selepas guna Activating Serum

I think this may be my most favourite item dalam range skincare ni kot, hehe. Satu, dia sangat concentrated dan pekat. Guna satu pam saja dah cukup untuk satu muka. Dannnn serum ni tak melekit! Put pernah beli satu serum brand lain tapi pakai sekali dua saja sebab bila pakai, dia jadikan kulit kita rasa melekit tapi Youth serum ni, walaupun pekat dan nampak sticky, bila pakai terus meresap dalam kulit dan kulit kita rasa seolah-olah tak pakai apa-apa. So lightweight! Lepas tu nak tepek mekap ke moisturiser ke tak da masalah..

Design botolnya pun sangat unik. Disebabkan serum ni sangat tinggi active ingredients (the things yang akan bantu repair kulit muka kita), kandungan active ingredients tu senang teroksida kalau terdedah pada udara terlalu lama. So botolnya designed as “twist-cap”, untuk jaga kualiti serum tu. Best kan? Most favourite item, yang ni.

 

4. Youth Age Defense Moisturiser – SPF 50

Melembabkan kulit secara total dengan gabungan vitamin khas dan juga melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dengan SPF50 broad spectrum.

Review Put selepas guna Age Defense Moisturiser SPF 50

Kulit nampak sangat sekata lepas guna moisturiser ni! Super LOVE! Ni adalah item yang WAJIB Put bawak dalam handbeg kemana-mana saja. Untuk yang suka mekap, moisturiser ni boleh jadi primer supaya kulit nampak lebih smooth untuk apply mekap tau dan nampak glowing effect – mekap akan nampak cantik sangat!

 

5. Youth Advanced Renewal Night Cream (Rich / Light)

Krim malam Youth akan menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur. Ada campuran botanikal khas yang akan boost penghasilan kolagen dan elastin yang sangat penting untuk kulit yang muda, lciin dan cerah. Bahan utama : Vital Repair, Schisandra Chinensis, Lotus japonicus

Review Put lepas guna Night Cream

I love both version 😀 Tak pernah seumur hidup rajin nak pakai krim malam, tapi dengan krim malam Youth ni terus super konsisten.

Yang Light version tu – sapu sekejap je dia meresap habis dalam kulit. Kulit muka rasa sejukkkk je.

Yang Rich pulak slightly thicker. Ada kandungan jojoba dan shea butter – especially best for people yang ada masalah super dry skin, tidur dalam aircond, or for those yang just super love hydrated skin. Jojoba ni sering digunakan as natural remedy untuk skin conditions macam jerawat, psoriasis, sunburn dan kulit kering.

And walaupun Rich cream ni version pekat sikit dari Light, still lepas guna tu tak de rasa berpeluh macam pori tersumbat ke ape (which was what I experienced with other night cream brands). Just urut2 muka sampai krim meresap dalam kulit (which is pretty quick), dah boleh tidur tanpa rasa kulit muka melekit ke ape.

Dan Put perasan lepas konsisten guna night cream ni la bangun pagi pagi kulit rasa plump dan bersihhhh je macam dah siap2 mandi nak pi ofis terus 😊

 

6. Youth Radiance C&E

Mengandungi vitamin C tulen dan pekat sebanyak 20% yang berpaten dan vitamin e serta ekstrak sel rasberi untuk menegang, mencerah dan mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah. Radiance C&E turut membantu mengurangkan pigmentasi, jeragat, melincinkan kulit dan membaiki tona kulit secara keseluruhan. Bahan utama : 20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

Review Put lepas guna Radiance C&E

This is by far my most favourite item as well sebab kesannya sangat immediate! Sapu sebelum tidur, besok muka nampak licin, smooth dan glowing sangat.. Mungkin sebab kandungan vitamin C yang agak tinggi dan pure, buatkan kesan nampak cepat tapi who is complaining?

 

7. Restoring Eye Treatment

Mengandungi kandungan Peptide Blend yang dibuktikan secara klinikal mengurangkan kehadiran garis halus dan kedutan di sekitar mata dan “crow’s feet” seawal 7 hari.

Review Put lepas guna Restoring Eye Treatment

Paling suka adalah cooling tip nya yang sangat menyejukkan mata. Sangat best massage mata dengan applicator tu sebab boleh lancarkan aliran darah sekitar mata. Dah Put perasa mata jadi kurang nampak penat 🙂 Dan salah satu review eye treatment ni is per below…

produk terbaik untuk eyebag

 

Wah, saya berminat nak dapatkan Youth Skincare Shaklee. Bagaimana?

Anda boleh dapatkan Shaklee Youth Skincare ni melalui dua cara:

Pertama, boleh beli secara terus dari syarikat Shaklee dengan tekan link ini “Tekan sini untuk beli dari Shaklee secara terus“. Anda perlu isikan butiran yang diminta dan buat bayaran melalui kredit / debit kad, dan selepas berjaya, Shaklee akan hantarkan produk kepada anda melalui GDEX / CityLink.

Kedua, anda boleh beli melalui saya dengan tekan link ini “Hubungi Saya Melalui Whatsapp“. Saya akan uruskan order anda dan hantarkan secara pos atau COD sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Subang dan central KL.

Tapiiiii sekiranya anda sukakan barang pada harga terendah, boleh klik di bawah untuk daftar sebagai ahli dan automatik jimat sebanyak 5-20% on your Youth set 👇👇

cara daftar ahli shaklee

 

Sekiranya berminat nak cuba skincare Youth yang memang sangat berbaloi ni, segera contact Put ya. Best consultation for my customers only 🙂

 

Putri Zulaikha,

Pengedar Shaklee ID 917819

Klik untuk Sms/Whatsapp 017-6021189

Klik untuk ke instagram
Klik untuk ke Facebook

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge