Perniagaan Untuk Wanita : Sesuaikah Jika Ada Anak Kecil?

Antara kerisauan ramai wanita yang mungkin teringin nak mulakan bisnes adalah nak cari perniagaan untuk wanita yang sesuai.

Apa yang boleh dilakukan dari rumah? Tak ganggu urusan rumah tangga? Tak ambil banyak perhatian kita dari anak-anak?

Macam-macam concernnya, but its all valid concerns sebab ramai yang bergantung-harap pada kita as perempuan, kan?

Hari ni, Put nak kongsikan kisah anak sulung Put, Iman. Selamat membaca ­čÖé

===

“Umi nak sambung buat kerja Shaklee ke?” soal Iman, selepas Put berikan dia kiss goodnight semalam.

Semenjak budak2 ni dah boleh tidur sendiri, waktu malam Put lebih mudah dan free. Kalau dulu nak tidurkan diorang ni kena berpeluk, dodoi sampai lena, sekarang hanya perlu hantar ke bilik, story2 sikit, baca doa dan segala macam surah yang perlu, dan boleh keluar.

Kadang2 ada jugak Iman akan keluar bilik mengadu “Umiiiii Ali taknak tidurrrr”

Tapi bila Put jegilkan bijik mata sikit, mencicit diorang lari masuk bilik so kira mudah jugak lah tu, hehe.

Maksudnya, selagi Amin tak bangun nak menyusu, Put ada masa lapang untuk attend kelas coaching, buat kelas coaching dan jugak buat urusan bisnes Shaklee seperti menulis, follow up prospek dan sebagainya.

Tapi hari ni, Put nak kongsikan tentang momen pendek malam semalam.

“Haah kakak, umi nak basuh pinggan kat luar, lepas tu nak sambung buat kerja bisnes Shaklee sikit. Kakak tidur dulu okay, esok pagi kita jumpa lagi” jawab Put.

Iman diam sekejap. and…I can almost see the wheels in her head turning

Satu perkara tentang anak gegurl Put ni, dia jenis berfikir. Banyak cakap, dan banyak fikir. Cakap macam mak, fikir macam bapak. Elok sangat lah tu kannn. Semua benda, mesti ada reasoning. Macam sekarang, mungkin dalam kepala dia “kenapa kena buat bisnes dari teman dia tidur?” hehe kot lah.

So, I waited. Put tunggu Iman proses thoughts dia and true enough, mata dia makin bulat pandang Put dan sambung:

“Ada banyak orang ke nak beli shaklee dengan umi hari ni”?

Keh3. Put sengih je sebab semalam takdak sales masukkk aiyaaaa. Prospek tanya2 je. But takkan nak mengaku macam tu dengan anak kan, malu la makkk

“Haah ada orang tanya. So umi kena jawab pada dia. Nak kena taip kat handphone ni haa”

“ooo. itu sebab umi rajin jual la ade orang nak beli. nanti kak iman besar, kak iman pun nak jual macam umi”

Sejujurnya, tersentuh hati Put dengar komen dia.

“Okay. Kak Iman kena belajar rajin tau, jangan suka cabut span dalam bantal kawan, sebab orang yang rajin je baru boleh jual jual sebab nak jual, kita kena rajin”

Dia pun angguk2 dan sebelum sempat dia sambung, Put cecepat potong “Okay dah, Tidur yaaa” dan laju2 beransur keluar. dah malas layan dia bercakap, nanti panjang jadinya.

Itu saja cerita pendek. Momen ringkas antara Put dan anak sulung tapi Put nak share kan kat sini sebab…anak-anak kita, sedang pandang kita, wahai mommies.

All the late nights yang kita tengah buat untuk sambung PhD, bina bisnes, masak buat bekal, lipat kain pastikan rumah bersih…

they are watching.

And they dont just see YOU doing all these things. Bukan hanya nampak you tonggang tonggek buat all these things.

Tapi mereka nampak your spirit. Mereka nampak seorang ibu yang bersemangat, konsisten, rajin dan tak berhenti2 berusaha untuk berjaya.

perniagaan untuk wanita

So kalau kita rasa kita ni “apalah sangat”, “tak hebat”, “tak pandai”, “biasa2 je”, please do look at your kids and there – you are no longer a nobody.

You are a ROLE MODEL.

You are shaping the future through them, so, apa ciri2 yang kita nak mereka nampak dan tiru dari kita?

Buat yang tu, day in and day out.

So dont worry too much tentang apa yang anak2 mungkin akan nampak kalau kita sibuk berbisnes la bagai, start dan do our best in everything. Because trust me, they are watching.

x,

Putri

==

Pengedar Shaklee Subang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge