Orang Check Result SPM 2017, Saya Pun Nak Throwback Jugak lahh (SPM 2006)

Bersempena dengan result SPM 2017 yang keluar baru-baru ni, Put pun nak throwback juga lah zaman2 SPM I dulu huahuahua

Masa trial SPM dulu, sekolah dah panggil budak2 yang ada masa depan yang cerah (pfffftttt) untuk apply for scholarships. So Put yang dilabel bermasa depan cerah ni pun menurut arahan, and alhamdulillah sebelum keluar actual results SPM lagi dah dapat offer scholarship.

Tapi tu bukan point cerita Put hari ni.

Ada point lain.

Masa minta scholarship, dia akan tanya kita “which scholarship are you applying for? Overseas study ke local study?”

Put tick “Overseas” dengan keadaan teragak-agak, tapi tick juga.

Teragak-agak ada dua sebab.

Pertamanya, Put anak sulung. Dalam keluarga Put, tak ada seorang pun yang pernah ke overseas. Kami sekeluarga bercuti pun dalam negara saja. Sebab ayah fikir anak ramai, nak angkut seramai2nya pergi bercuti overseas, memang tak sekolah lah jawabnya kitorang..

So nak pilih sambung belajar 4 tahun di overseas? Big decision for me.

Dan keduanya, ayah dan umi Put sebenarnya agak tak benarkan anak-anaknya sambung belajar overseas. Ini paling haru. Sejak awal tahun lagi ayah dah brainwash Put cerita2 tentang anak pergi overseas rambut karat, lupa solat, tak ingat mak ayah, dan sebagainya.

Ayah Put memang power nya adalah brainwashing. Beliau memang firm believer of “repetition” agaknya so, Put memang ingat betapa ayah sangat anti dengan sambung belajar ke luar negara.

Tapi Put?

Meleleh-leleh air liur ni ha nak study abroad. Nampak canggih, cool dan berjaya je….

Impian Put adalah nak masuk surat khabar hantar “salam perantauan”. Selfie dengan kawan mat salih. Bergaya dan glemer giler kot hahah

Jadi walaupun teragak-agak, Put tick jugak “overseas study” waktu apply scholarship tu.

And of course bila ayah tanya apply scholarship apa tu, laju je ku membohong “pilih dalam negara” HAHA

Dipendekkan cerita, Put adalah antara belasan pelajar yang terpilih untuk terima scholarship dari sebuah syarikat swasta sewaktu keputusan interview keluar.

And guess what?

Dapat lah pulak pergi overseas tu 🙂

“Matilah kau, macam mana nak beritahu ayah dengan umi? Padan muka, membohong lagi” suara hati Put berkata-kata. Patutnya dapat scholarship suka, Put pulak jadi takut nak beritahu parents sendiri.

Put ingat lagi – masa tu dalam kereta. Ayah drive, umi di sebelah, Put pula di belakang. Put akhirnya jumpa kekuatan nak beritahu tentang offer scholarship tu.

And apa lagi, perang la!

Tak ingat sangat dah detail saat tu tapi yang Put ingat, kami bergaduh. Umi yang selama ni nampak macam agak neutral, sampai menangis2 tak beri Put sambung ke luar negara. Sabo je la..

“Kan elok kita duduk kat Malaysia ni je. Nak balik rumah pun senang, ayah nak tengok pun dekat”

“Yang nak pergi jauh2 tu kenapa? Tak cukup dah ke university bagus dalam Malaysia ni?”

“Orang sebelah tu anak dia tak balik-balik lama, bila balik tudung entah kemana, solat entah kemana. Nak ke jadi macam tu??”

Stress nya ah dengar tuduhan and reasoning macam tu hoho. Gaduh dah macam nak justify nak kawin awal je responnya..

Put kat belakang tu pun tersedu-sedu jugak. Rasa macam tak difahami, rasa kerdil, rasa nak rebel, sambil ulang2 jawab “tu diorang. Ni kakak. Umi dengan ayah kena yakin lah dengan didikan umi selama ni. Bukan semua orang pergi overseas jadi macam tu, blablabla”

Nak pi overseas je pun.

“Pergaduhan” tu akhirnya tamat macam tu je sebab dah sampai destinasi. Takde conclusion pun. Umi merajuk, ayah plak macam biasa la… panggil untuk slow-talk selepas tu. Nak brainwash lagi lah tu hahhaha

Tapi Put berkeras nak pergi juga. Put senyap2 terus respon yes accept.

Bila borang keluar, Put pass pada ayah. Berdebar jugak takut ayah taknak sign.

Surprisingly, ayah sign je. Takde banyak bunyi pun.

And the rest is history.

Ayah dan umi lah kemudiannya jadi the frontliners bawa Put pergi beli barang2 persiapan, carikan beg, belikan buku, segala macam paste masak-masak, semualah. Tak timbul dah isu tak benarkan Put pergi overseas. Diorang dah pasrah je kot anak degil…

Hari nak fly tu, di airport, disebabkan Put kiasu beli banyak gila buku dan paste2 makanan, berat beg dari max 30kg bila timbang dah jadi 40kg adhhhh

Beg dah balut dengan wrapper pulak tu aduhhh nak kena bukak balik pulak dahh.

Siapa yang nak bukak ni?

Mesti lah ayah hahaha

Ayah lah yang tonggang tungging kat tengah airport tu bukak balik wrapper beg (dengan kunci kereta, sebab tak ada pisau), keluarkan buku2 yang beliau dah beli mahal2 dan paste makanan semua tu supaya beg tak terlebih berat.

Berpeluh2. Tak tau lah ayah malu ke tak, sebab ayah sorang je yang bukak tu. Put macam tunggul kat sebelah tu pandang je. Malu oiii..

Korang pernah tak beg lebih berat, so terpaksa bukak beg tepi kaunter check-in tu? Malu kot kan??. Macam “eh dia ni tak reti2 ke nak check dulu berat beg sebelum datang?”

Eh berair plak bijik mata Put teringat rupa ayah waktu tu.

Ayah berlutut susah payah kat situ, terkial-kial nak koyakkan semula plastic wrapper beg Put. Peluh menitik2 nak angkat beg anak dia yang berat gaban ni.

Ayah yang sama, yang pada mulanya menentang habis-habisan anaknya nak pi belajar overseas.

Ayah yang sama, yang nak rasuah anak dia offer kereta sebijik kalau Put nak study dalam Malaysia je.

Ayah yang sama jugak lah yang akhirnya terpaksa tahan malu godek2 beg I tengah airport hahaha 

Bila Put tanye ayah kenapa gigih sangat taknak kasi Put ke Melb dulu, ayah jawab “sebab takde duit nak tanggung. ada scholarship okey lah” pulok doh. yang dok cakap pasal orang overseas lupa solat tu sapa ntah dulu tu.

Yang sebenarnya, parents kita semua nakkan yang terbaik untuk kita.

Tapi apa yang kita nak, visi kita, impian kita, they sometimes dont understand so jangan putus asa. Tunjukkan yang korang boleh, usaha sehabis baik and at the same time jangan lupa mintak doa dan restu mak ayah. InshaAllah dipermudahkan..

sebab when all else fail, mak ayah kita lah yang akan dulu ke depan untuk kita.

Masa depan kita, kita yang tetapkan.

Tapi jangan lupa dapatkan restu dan doa ibu bapa.

So Put pun dah selamat dah pi belajar overseas and balik. Untuk ayah and omam, kalau baca ni, kakak nak ucapkan satu je

“rambut masih hitam ya, solat pun masih reti” kui3

Apa kenangan zaman SPM korang yg korang masih ingat smpai hari ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge